Kadang kala hati kata ''TIDAK'' tapi mulut kata ''YA'' dan hati kata ''YA'' tapi mulut kata ''TIDAK''.
Tentang betapa ikhlas atau tidak kita dalam melakukan sesuatu hanya kita dan Tuhan saja yang tahu jawapannya. Tiada siapa dapat meneka betapa ikhlasnya kita mahupun tidak.
Kadangkala kita senyum, tetapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa sedihnya hati.
Namun, sekiranya hati tidak ikhlas ia akan nampak melalui perbuatan. Perbuatan tanpa keikhlasan seperti ''melepaskan batuk di tangga''.
Mak : Ct, tolong mak masak sayur ni jap
Ct : Ehhh, Mak, Ct tgh tengok cerita feveret Ct ni.Ala suruh la adik yang tolong.
Mak : Adik tgh study la Ct...Ct ni asyek tengok tv je memanjang. Cepat la mari masuk dapur nih tolong.Alahai..
Ct : Yelah, bising betul org nak tgk tv pun tak aman.
Mak : Cepat, tolong goreng sayur tu jap.
Ct : ''OK''(dengan nada yang x ikhlas)
Mak : Ct kenapa sayur ni masin sangat. Tak sedap langsung. Sapalah nak makan nanti. Haishhh
Ct : Tuela tadi Ct dah cakap tak nak masak. Mak paksa jugak.
Ada perbezaan sama ada perbuatan itu ikhlas ataupun tidak ; contohnya dari segi masakan. Orang yang masak dengan Heart & Soul rasa masakan dia lagi sedap dan bersih berbanding orang yang masak asal siap je.
Pernah tak anda tanya kepada diri, ikhlaskah aku??? :
*Adakah selama ini aku berkawan dengan 'A' dengan ikhlas, ataupun sekadar mahu menjadi tempat untuk berseronok tatkala bosan atau menumpang popularitinya?
*Adakah aku benar-benar mencintai Allah atau aku sekadar mencari Allah ketika aku berada dalam kesusahan?
*Adakah aku benar- benar mencintai kekasihku? Kalau cinta kenapa aku masih mengintai perempuan lain pada waktu yang sama?
*Adakah aku benar- benar melakukan perkara ini untuk kebaikan diriku atau sekadar untuk mendapatkan pujian?
*Adakah aku sembahyang 5 waktu setiap hari benar-benar untuk mengharapkan keredhaan dari Illahi atau aku hanya melakukannya sekadar habit?
*Adakah aku benar-benar ikhlas dalam menutup aurat ku? Tetapi kenapa pada masa yang sama aku masih melakukan maksiat seperti berpakaian ketat,dating,mengumpat, dll??
*Adakah aku betul-betul sayang kepada ibu bapa ku. Tetapi kenapa aku selalu membuat mereka risau?
*Adakah aku benar-benar ikhlas bercakap tentang agama di hadapan khalayak.Tetapi, kenapa ketika sendiri aku masih melewat-lewatkan solat?
*Adakah aku belajar selama ini dengan tujuan untuk mendapatkan ilmu di jalan yang diredhai atau hanya sekadar ingin bangga diri?
Sejauh manakah keikhlasan kita. Hanya kita saja yang tahu. :)
