Assalamualaikum,
Macam mana nak memberi tanpa menerima?
Plis la nak beri je, ingat badan kebajikan ke?
Sebab apa nak memberi sedangkan kita tak dapat apa-apa balik pun in return?
Sebab apa nak jadi baik sangat ni huh?, orang tu bukan pernah buat baik kat kita pun?
Bazir masa je tolong orang tu, orang tu bukan pernah tolong kita pun okay!?
Buat apa nak share2 ilmu dengan kawan2 ni. Pehal plak, nanti dia jadi lagi pandai dari kita la, dapat CPGA tinggi la etc, nak ilmu cari sendiri la, boleh?
Aku pernah tengok satu cerita kat tv (channel 116), tapi aku tak ingat cita apa.
Cerita talk show la dan talk show tu discuss pasal menolong orang.
Dan, ada ayat pengacara tu yang aku suka :
"Kalau kita nak memberi sesuatu, memberilah tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari manusia itu sendiri, kerana segala balasan yang baik itu adalah dari Allah s.w.t"
Dan, aku pun agak tersentap la dengan ayat pengacara tu
Sebubnya, bila aku buat baik dengan orang aku akan mengharapkan gila2 orang tu balas balik kebaikan aku, kalau tak balas aku akan marah atau bising atau asyek dok repeat mention je kebaikan yang tak tara mana pun yang aku buat tu (adoi, sangat memalukan!).
Tadi aku teringat balik ayat pengacara tu,
Aku pun selalu terbaca ayat2 kt tumblr ttg buat baik tanpa balasan
Kerana Allah s.w.t sebaik-baik pemberi, and yang kita beri tu bukan yang kita pun tapi hak milik Allah s.w.t
Kalau kat rumah, mak aku suka tolong orang ramai , tolong jiran-jiran, etc
Aku selalu cakap kat mak aku, Stop la tolong orang lain mak, orang tu bukan pernah tolong mak pun.
And mak aku cakap mak tak kisah pun kalau orang tu tak tolong mak balik, mak buat memang sebub mak niat nak tolong je
And actually aku start realize suma tu, sebelum ni aku tolong orang, aku nak orang tu tolong aku balik, tak tolong siap!!
Tapi, mungkin aku salah, aku patut memberi tanpa ada niat untuk menerima pun.
And aku pernah tengok cerita motivasi ni, and ada ustaz tu cakap,
Ada somebody tu komplain sebub apa dia selalu rasa tak disayangi, tak dihargai, tak dihormati, tak diperlukan, tak happy , dan tak lain-lain lagi...
Sebubnya :
"Kalau nak disayangi, kita haruslah menyayangi orang lain
Kalau nak dihargai, kita haruslah menghargai orang lain
Kalau nak orang lain respect kita, kita haruslah respect orang lain tu dulu
KALAU NAK RASA HAPPY, KITA HARUSLAH MENGEMBIRAKAN ORANG LAIN & INSYALLAH KITA JUGAK AKAN GEMBIRA"
![]() |
| mungkin budak ni lebih memahami erti memberi tanpa menerima dari aku! Huhu |
Actually, bukan senang nak buang sikap patut ke aku bagi ilmu, makanan, pertolongan kat someone tu, Kalau bagi ilmu t dia jadi lagi pandai macam mana?, lau bagi makanan t aku nak makan apa?????????
Tolong jawab!!!?
Aku pernah baca nasihat dari seorang ilmuwan ni.
He said :
"Kalau ada orang/kawan/ anyone dalam masalah, atau mintak tolong kita, tolong lah dengan sepenuh hati dan melupakan apa sahaja kepentingan diri sendiri buat masa itu, sampailah masalah orang tu selesai."
# Someone who gives charity that even his LEFT HAND doesn't know what his RIGHT HAND gives in

